Aku dapat merasekan bahawe privacy hidup aku sbnrnye xde la menjadi begitu private, setelah aku renung-renungkan.
Ape yang aku boleh cakap, aku antara orang yang single di kalangan member2 aku. Aku tau lumrah orng bercinte ni, kalau boleh hampir sume mende die akan crite or kongsi dengan kekasih hatinye. Termasuk perihal rakan2nya.
Nampak tak, disini, privacy idop ko sebenarnye agak hilang. Sebab ape yang kau sembangkan dengan kawan kau, aktiviti yang kau buat dengan kawan kau, indirectly diketahui oleh pakwe2 mereka. Itu kalau sorang kawan. Kalau ko ade 100 kawan? Boleh jadik ade 100 lelaki lain yang ko sndiri pon taktau rupe or hati budi dorang, telah mengetahui corak pikiran dan care kerja kau.
Ini yang buat aku tak brape selesa.
Seperti aku, aku slalu membuat lawak bodoh dengan member, dengan harapan ia akan menceriakan hari mereka dan ianya menjadi memori dikalangan kita-kita sahaja. Dan aku tak berharap supaya ia pon menjadi 'memori' kepada orang ketigaS (plural ye tuan-tuan dan puan-puan).
Dan aku mengaku bahawe, aku bukan jenis yang suke announce satu bumi perihal hidup aku. Status-status yang aku slalu buat kat fesbuk pon jarang2 berkisah tentang aktiviti harian aku, keluh-kesah aku, ataupon kegembiraan aku. Jarang.
Blog ni pon aku jarang update sebab selected things je yg aku rase aku nak kungsi dengan orang. Sikut dan Indon. Haha jahat gile. Tapi aku tau sikut sebenarnye suke aku kutuk die dlm blog ni.
Sebab die konon2 marah aku, tp die sengih2. Konpius aku sebenarnye die marah ke x. So aku amik kesimpulan, ekspresi muke x pernah menipu. Make aku menyimpulkan bahawasenye sikut suka. Ngeh2.
Okai dah ngantuk. Nak tido.

1 comments:
ak simpati ngn ko. somehow ak kdg2 tergolong dlm kalangan org ketigaS tu muahahahhaa
jgn riso ak x kecoh psl ko nt ;p
Post a Comment