Aku rase hidop aku dah mule berevolusi. Dari single ke tripple. eh?
Aku nak buat rentetan kisah hidop aku.
First time aku fly indon, semua family aku cam semangat berkepuk-kepuk nak hantar aku kat airport. Kalau flight awal pagi, ayam tak start berkokok pon, diorang la start bangun dulu, tolong kokokkan ntok ayam (xde kaitan). Seawal 2.30 pagi tu, sanggopla mandi kat toilet sejuk2, kluar dari toilet pon nampak cam ayam menggelupor kesejukan. Bezanya, ayam ade banyak bulu, diorang ada sikit je bulu, so diorang lagi sejuk. Tapi mungkin bulu mate diorang lagi lebat dari bulu mate ayam.
Jap, ayam ade bulu mate ke. Balik raye kat kampung nanti aku cek.
Pastu ble dah sampai airport, lpas check-in, semuanya semangat berkepuk-kepuk (berkepak-kepak? dah macam ayam pulak family aku ni) nak makan kat LCCT. Oh, sebab naik air-asia, sebab tu la gi airport LCCT. Makan nasik segale. Pokoknye aku makanla semua benda yg aku rase aku takkan dapat telan kat indon. Gle gedik la aku ni, deep down inside abah's heart, mesti abah rase nak lempang je kat aku sebab banyak sangat songeh. I noe it abah. I just noe it. It comes from my very-accurate-firasat-sufi. (giliran korang plak yang rase cam nak lempang aku)
Lepas tu, bile start cuti semester, aku pon balikla Malaysia. Time aku dah smpai kat airport LCCT, aku nampak family aku cam berbaris pnoh tertib gitu ntok menyambut kepulangan aku (hekeleh indon je kot, monolog hati korang. okai fine). Semuanya berkepuk-kepuklah (x habes2 ngan kepuk2 aku) memelok aku sepenoh ati, seolah-olah aku dah tak balik 15 tahun, padahal sebenarnye 4 bulan je. Lpas habes je sesi berpelukan, kitorang pon masok kreta and tross menuju ke sate kajang aka sate haji samuri. Disane aku mlahap sate dengan dasat skali seolah-olah aku dah x balik Malaysia selame 15 tahun.
Begitulah kire2 kehidupan aku waktu mule2 fly indon. Segale2nye mule berubah bile MAS menubuhkan cawangan flite baru yang lebey murah, iaitu FIREFLY. Bukan sahaje murah, malahan airport die (airport subang) pon lebih dekat ngan rumah aku, kre2 20 minit perjalanan, nak compare ngan LCCT, yang hampir 2 jam.
Semenjak itu, akulah antare pelanggan tetap firefly. Bile aku balik Malaysia je, da tak banyak tempat singgahan makan best ntok dijadikan tempat melahap. Sate kajang? Hmm.. it's far far faaar away. Jumlah yang menyambut kepulangan aku dari indon pon makin lame makin sikit. Bak kate pepatah, banyak2 lame2 jadik sikit. Tapi takpe, aku tenang je.
Lepas tu, aku tengok, jumlah yang menyambot aku dari airport semakin lame semakin berkurang. Daripada semua orang, menjadik sorang. Ngeh2. Akak aku driver setia aku dari epot ke umah. Tapi sekarang die dah kawen. Takde sape mahu driver setia saye lagik.T_T
Sekarang, daripade sorang, dah xde orang nak menyambot ketibaan aku. Aku pulang ke rumah menaiki KLIA express (bile MAS buat harge promo), ataupon bas LCCT (ble flight air-asia murah sket dari firefly). Kemudian akak aku amek aku kat KL sentral.
Begitulah kire2 evolusi kehidupan seorang wanita yang belajar di negare bibik. Ngeh2.
Tapi xpe, aku enjoy je. Lain2 pengalaman.
Bak kate pepatah, belakang pisau kalau diasah lagikan tajam.
Mungkin skill aku mengangkot beg ke hulu ke hilir kot yang makin tajam. Aku rasela.
2 years ago
